PERKHIDMATAN KAWALAN MAKHLUK/SERANGGA PEROSAK


MASALAH TIKUS DIDALAM KAWASAN PANGSAPURI HALAMAN CENDANA

Kawasan berumput disepanjang pagar keselamatan telah didapati rosak teruk akibat kehadiran tikus. 

Apa yang membimbangkan ialah pokok serta tiang lampu di tepi pagar berkemungkinan akan tumbang keatas kenderaan penduduk jika tindakan segera tidak diambil oleh pihak yang berkenaan. 

Keadaan di jangka akan menjadi lebih serius dengan adanya sikap penduduk yang suka meninggalkan bungkusan sampah di merata tempat.

Tindakan segera dari pihak yang bertanggungjawab diharap dapat menyelesaikan masalah ini.





















Antara pokok yang telah menjadi mangsa

Selain dari tikus, masalah anai-anai juga tidak kurang serius. Beberapa unit pangsapuri difahamkan telah mengalami masalah anai-anai yang teruk. 
Lipas pun sudah dilihat berkeliaran ditepi longkang dibahagian Ruang Legar.


Kerosakan pada pintu bilik 'Ruang Penaik Elektrik' ditingkat 11, Blok 11A dan pintu bilik janakuasa dibawah unit 11A-2-7/8, adalah contoh terbaik kepada masalah ini.

Melihat kepada keseriusan masalah ini, persoalan yang timbul sekarang adalah;
  • Adakah semburan racun serangga perosak memadai jika dilakukan sekali setiap dua bulan?
  • Adakah aktiviti semburan racun benar-benar dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh PDCSU  seperti yang dijadualkan
  • Adakah kedatangan serta kerja-kerja mereka  dipantau dan direkod, dan siapa yang merekodkannya?


Pihak PDCSU diharap dapat memberi jawapan dan penjelasan kepada persoalan ini.