PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

NOTIS MENCUCI MENGGUNAKAN SEMBURAN AIR TEKANAN TINGGI.(NOTICE OF HI-PRESSURE CLEANING)


Pada 21.1.13 yang lalu, notis untuk kerja mencuci koridor dan tangga bangunan pangsapuri menggunakan semburan air tekanan tinggi telah ditampal oleh kontraktor pembersihan di kedua-dua blok pangsapuri.  


Setelah sekian lama lantai koridor dan tangga bangunan pangsapuri hanya di cuci menggunakan mop sahaja, notis tersebut telah memberi sedikit kelegaan kepada penduduk memandangkan keadaan lantai sudah semakin kotor.

Kerja mencuci telah di jalankan oleh pekerja pembersihan di Blok 11 pada 22.1.13  manakala Blok 11A pada 23.1.13.

Pada kebiasaannya, alat yang di gunakan untuk semburan air bertekanan tinggi adalah seperti contoh dibawah.





Dan alat yang digunakan oleh pekerja pembersihan untuk 'hi-pressure cleaning' pula berlainan sekali. Lihatlah sendiri .............

Kerja pembersihan di Blok 11...........

baldi dan hos


 sebatang penyapu (mana sabunnya?) 



dan pembaziran.


Keesokan harinya di Blok 11A.........sama sahaja. 

Baldi, hos, penyapu dan pembaziran air.




Harap mendapat maklumbalas dari pihak yang berkenaan.



ADUAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN AKTIVITI PEKERJA PEMBERSIHAN.

Beberapa aduan telah diterima dari penduduk berkaitan kerja pembersihan.

1. Tidak membersihkan sampah walaupun telah beberapa kali diberitahu oleh penduduk.

2. Masa rehat yang panjang terutama masa rehat tengahari dimana pekerja berehat melebihi waktu rehat.

3. Tidur waktu bekerja.

Keadaan didalam bilik store yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan peralatan kerja sahaja.

Tempat untuk tidur waktu bekerja 

Pihak PDCSU perlu mengambil tindakan supaya kejadian berikut tidak berulang;



Dan pada 14.2.2013, jangkaan kami tepat. Lihat foto berikut :
Ada tong sampah dan penyapu,
tapi dimana pekerjanya?



             Jawapannya....

  

4. Mengumpul barangan kitar semula.

Jika tidak dibendung, perkara berikut akan berulang.




5. Balik kerja lebih awal dari waktu yang sepatutnya. 


TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH YANG 
SUDAH TIDAK LAGI DIURUS.
Keadaan didalam tempat pembuangan sampah sudah lama tidak dicuci.